NAMA PELAJAR: NURSABRINA BINTI KAMAL HISHAM
UNIT: PPISMP TESL 3
Ujian Segak Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri, merancang serta melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan badan bagi setiap pelajar. Pelajar PPISMP Ambilan Jun 2019 dikehendaki untuk melakukan ujian SEGAK dan Bleep bagi memenuhi kursus GKK1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan. SEGAK ini perlu dijalankan sebanyak 2 kali iaitu Ujian Pra dan Ujian Post. Oleh itu, pelajar Unit TESL 3 telah menjalankan ujian Pre pada 11 Julai 2019. Ujian Pra tersebut terdiri daripada ujian SEGAK dan ujian Bleep. Selain itu, ujian Post pula telah dijalankan 2 bulan selepas ujian Pre iaitu pada 11 September 2019. Ujian SEGAK ini menguji pelajar dalam 5 jenis aktiviti iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), Naik Turun Bangku 3 Minit, Tekan Tubi, Ringkuk Separa dan Jangkauan Melunjur. Ianya bertujuan untuk menguji komposisi badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot tangan dan bahu, kekuatan otot abdomen dan kelenturan.

Gambar 1.0 Ujian SEGAK
Ujian Pra mencatatkan bahawa BMI
saya adalah 18.5 menunjukkan bacaan normal. Bacaan normal yang ideal adalah
dalam lingkungan 18.5 hingga 24.9. Bacaan BMI pada ujian Post merupakan 18.7.
Ianya menunjukkan peningkatan namun begitu ianya masih berada dalam keadaan
normal. Hal ini kerana bacaan berat saya meningkat daripada 47.9 kg kepada
50.2kg. Ianya mungkin kerana saya tidak menjaga pemakanan dengan baik dan tidak
mengamalkan senaman yang konsisten. Walaupun begitu saya masih mengekalkan
komposisi badan yang normal. Selain itu, ketinggian saya mendatar semasa ujian
Pra dan juga ujian Post iaitu 164cm.
Selain itu, ujian Naik Turun Bangku
3 Minit pada ujian Pra menunjukkan kadar denyutan saya adalah 121 seminit
manakala pada ujian Post menurun kepada 97. Penurunan kadar denyutan ini jelas
terbukti bahawa saya semakin aktif kerana dapat memiliki daya tahan
kardiovaskular yang tinggi dan dapat bertahan lebih lama sekiranya melakukan
aktiviti cergas secara berterusan.
Gambar 3.0: Naik Turun Bangku 3 Minit
Disamping
itu, saya mencapai kiraan sebanyak 15 kali pada aktiviti Tekan Tubi di ujian
Pra manakala 17 kali pada peringkat ujian Post. Ujian tekan tubi ini dilakukan
untuk menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu.
Peningkatan kiraan ini menunjukkan bahawa saya memiliki otot biseps dan triseps
yang kuat. Selain itu, saya mempunyai daya ketahanan badan yang kuat.
Gambar 4.0: Tekan Tubi
Seterusnya,
aktiviti Ringkuk Separa Tubi dijalankan untuk mengukur daya tahan dan kekuatan
otot abdomen. Saya berjaya mencapai kiraan sebanyak 19 kali pada ujian Pra,
manakala ianya kekal sama pada ujian Post juga. Bacaan data yang mendatar ini
menunjukkan bahawa saya masih tidak memiliki latihan serta senaman yang
mencukupi kerana tiada peningkatan yang berjaya dilakukan.
Gambar 5.0: Ringkuk Tubi Separa
Selain
itu, aktiviti Jangkauan Melunjur bertujuan untuk mengukur kekuatan
fleksibiliti. Pada ujian Pra, bacaan jangkauan melunjur saya menunjukkan 32cm.
Namun begitu, bacaannya kekal sama pada ujian Post, dan ini menunjukkan bahawa
saya perlu meningkatkan lagi kelenturan badan saya dengan melakukan regangan
selama 20 minit.
Gambar 6.0: Jangkauan Melunjur
Akhir sekali, ujian
Bleep dilakukan untuk menguji daya tahan kardiovaskular serta kepantasan
seseorang dalam berlari. Saya mencapai tahap 2/4 pada ujian Pra manakala 4/2
pada ujian Post. Peningkatan ini menunjukkan bahawa badan saya semakin aktif
dalam aktiviti kecergasan pada jangka masa yang panjang.
Gambar 7.0 Ujian Bleep